Wednesday, April 21, 2010

Kehebatan Kristal

Pemakaian Kristal

Batu Kristal adalah anugerah yang bernilai. Manusia sejak zaman berzaman memandang tinggi kepada nilai dan kecantikannya. Ia mempunyai pelbagai bentuk dan warna bergantung kepada elemen-elemen yang banyak mempengaruhi pembentukannya.

Beberapa kajian juga secara umumnya menemukan batu-batu kristal ini mempunya beberapa sifat utama seperti focus, menyimpan tenaga, memindahkan tenaga, menukar bentuk tenaga sebagai contoh daripada tenaga elektrik kepada cahaya dan meningkatkan gelombang bunyi.

Orang yang biasa menggunakan batu kristal sebagai aksesori diri mengakui setiap jenis batu yang berlainan memberi suasana dan tenaga yang berbeza setiap kali ia digunakan.

Apabila seseorang itu memakai kristal, frekuensi pada kristal itu akan bersatu dengan tenaga atau aura yang ada pada si pemakai. Tenaga pada kristal berkenaan bergetar mengikut jenis dan warnanya yang akan menumpu pada pusat tenaga tertentu pada tubuh si pemakai seterusnya mengharmonikan dan menjana system tenaga (bioenergy) tubuh seseorang.

Dalam penyembuhna Reiki, kristal diaktifkan menggunakan teknik-teknik tertentu di mana getaran dan gelombangnya dilipatgandakan ke tahap arus tenaga yang kuat dan memberikan impak hebat dan berbeza kepada si pemakai. Teknik penyembuhan Reiki itu sendiri terbukti memberi kesan maksima terutama dalam mengaktifkan getaran dan gelombang cahaya pada kristal dengan cara yang sederhana dan bersifat alami.

Biasanya selepas anda membeli batu kristal di kedai-kedai cina mereka akan membersihkan negatif energi pada kristal tersebut dengan menggunakan sejenis mangkuk di mana kristal tersebut akan diletakkan di dalam mangkuk tersebut. Kemudian mereka akan menggosok di sekeliling mangkuk tersebut menggunakan sejenis batu panjang dan ianya akan mengeluarkan bunyi yang nyaring di mana ianya boleh membersihkan kristal tersebut dari negatif energi.



Aplikasi kristal dalam terapi penyembuhan

Terdapat tiga kaedah utama dalam aplikasi penggunaan kristal bagi penyembuhan iaitu kaedah rendaman air, diletakkan pada kawasan yang bermasalah dan melalui pemakaian.

Kaedah rendaman Air

Sediakan batu yang anda pilih ataupun melalui pilihan dan nasihat juruterapi. Kemudian, rendamkan batu itu di dalam bekas air anda. Kaedah terbaik adalah dengan menjemur bekas minuman anda yang berisi batu tersebut dibawah sinran matahari dalam tempoh masa 12jam. Minum seperti biasa. Anda juga boleh menggunakannya melalui kaedah mandian, jemur bekas air ataupun baldi yang berisi batu kristal tersebut di bawah sinaran matahari dalam tempoh masa yang sama dan kemudian campurkan dalam kolah . Lakukan rutin sehingga ada perubahan pada tahap kesihatan anda

Diletakkan di kawasan yang bermasalah

Anda boleh meletakkan batu kristal itu di kawasan yang bermasalah. Contohnya, sekiranya anda menghidap penyakit lelah, letakkan batu kristal Jade atau yang berwarna hijau di kawasan dada (heart Chakra) Biarkan selama 30minit. Lakukan secara rutin. Anda juga boleh meletakkan batu kristal di bawah bantal semasa tidur. Buat secara rutin dan anda akan mendapat kesan penyembuhan yang menakjubkan.

Pemakaian Sebagai Aksesori

Cara yang paling mudah dan efektif adalah dengan menggunakan kristal sebagai aksesori diri seperti gelang, cincin, kalung dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment