Batu Kristal adalah anugerah yang bernilai. Manusia sejak zaman berzaman memandang tinggi kepada nilai dan kecantikannya. Ia mempunyai pelbagai bentuk dan warna bergantung kepada elemen-elemen yang banyak mempengaruhi pembentukannya.
Beberapa kajian juga secara umumnya menemukan batu-batu kristal ini mempunyai beberapa sifat utama seperti fokus, menyimpan tenaga, memindahkan tenaga, menukar bentuk tenaga sebagai contoh daripada tenaga elektrik kepada cahaya dan meningkatkan gelombang bunyi.
Orang yang biasa menggunakan batu kristal sebagai aksesori diri mengakui setiap jenis batu yang berlainan memberi suasana dan tenaga yang berbeza setiap kali ia digunakan.
Apabila seseorang itu memakai kristal, frekuensi pada kristal itu akan bersatu dengan tenaga atau aura yang ada pada si pemakai. Tenaga pada kristal berkenaan bergetar mengikut jenis dan warnanya yang akan menumpu pada pusat tenaga tertentu pada tubuh si pemakai seterusnya mengharmonikan dan menjana system tenaga (bioenergy) tubuh seseorang.
Dalam penyembuhan Reiki, kristal diaktifkan menggunakan teknik-teknik tertentu dimana getaran dan gelombangnya dilipatgandakan ke tahap arus tenaga yang kuat dan memberikan impak hebat dan berbeza kepada si pemakai. Teknik penyembuhan Reiki itu sendiri terbukti memberi kesan maksima terutama dalam mengaktifkan getaran dan gelombang cahaya pada kristal dengan cara yang sederhana dan bersifat alami.
No comments:
Post a Comment